Sunday, February 21, 2010

Mari kita menyelami punca kesedihan. Banyak orang melihat bahawa kesedihan itu berpunca daripada kesilapan dalam membuat keputusan seperti kenapa bergerak pada waktu malam hingga terjadinya kemalangan jalan-raya. Akibatnya hilangnya orang yang dikasihi, sanak-saudara atau teman sekerja. Menjadi kesedihan ramai orang kini adalah terlalu banyak menanggung hutang misalnya hutang pinjamn peribadi, kad kredit, pinjaman membeli kereta, rumah dsbnya. hingga tidur menjadi sukar dan kemarahan menjadi tidak terkawal. Ada juga segera mencari penyelesaian dengan mendekatkan diri pada Yang Maha Esa (YME). Saya akan memberi sedikit panduan bagaimana untuk menyelesaikan "huru-hara" ini sedapat mungkin.

Ada Kemauan:

Soal pinjaman yang tidak terkawal ini harus dulu diselesaikan agar kesedihan yang melanda bisa hilang atau sekurang-kurang di bawah paras kelegaan. Maksudnya urusan kewangan bisa dikawal dan soal pengurusan wang dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya agar suasana hidup menjadi lebih tenang dan bahagia. Pergilah ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Agensi ini diselenggara oleh Bank Negara Malaysia dan amat-amat berguna kepada rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan dalam pengurusan kewangan. Agensi ini akan menunjuk ajar cara-mana wang anda boleh diurus dengan sempurna dan tidak membebankan. Tempoh pinjaman akan dipanjangkan dan bayaran bulanan dikurangkan. AKPK akan mengumpul semua pinjaman anda yang ada dengan menyusun kembali semua pinjaman menjadi satu akaun sahaja. Maksudnya anda cuma memasukkan atau membayar wang kepada AKPK sahaja dan AKPK akan membayar kepada bank-bank pinjaman anda. Website AKPK ialah http://akpk.org.my, nombor telefon: 1800-88-2575. Anda dinasihat segera melakukan demikian kerana jika anda sudah mendapat saman adalah menjadi sukar untuk AKPK menguruskan hal ini.

Menerima Qada' dan Qadar:

Menerima Qada' dan Qadar atau buruk dan baik adalah amat diperlukan kerana bisa memberi nafas tenang dengan menjadi setiap sesuatu itu positif. Alam ini dijadikan daripada Mikrokosmos dan Makrokosmos. Saya akan membicara soal ini di ruangan lain jika dizinikan. Yakinlah, adanya positif dan negatif. Dua situasi ini tarik menarik disetiap jalan penghidupan ini. Apabila perspektif kita positif ia akan menarik perkara-perkara yang positif. Begitu juga jika negatif menjadi mainan kita, maka negatif juga akibatnya. Ini terjadi kerana adanya Qodrat dan Iradat. Jika kebaikan menjadi tujuannya maka kebaikan juga akhirnya. Cuma dalam berlakunya Qodrat dan Iradat, harus punya kesabaran yang tinggi. Sabar dalam masa menanti akan keputusan YME. Akan bersambung .............

Saturday, February 20, 2010

Selamat hadir di laman blog ini. Tujuan blog ini hanya buat anda semua menawarkan pendapat untuk caramana merawat kesedihan kerana inilah isu sebenar yang melanda setiap umat tidak kira bangsa, agama dan geografi. Anda dinasihat tidak menghamburkan kata-kata kesat atau menyanggah sesama anda kerana tujuan kita hanyalah menghirup ilmu kerana setiap komentar ada benar dan salah. Beginilah arus kehidupan yang harus kita lalui. Bahagia hanya dapat dikecapi jika kita kasih akan yang lain kerana yang lain itu sebahagian daripada titik-titik kehidupan dan jika kita menerima titik-titik kehidupan itu akan menjadi satu bola kehidupan yang membahagiakan.